Pages

Tuesday, December 8, 2009


Permata Hati..
Setelah 3 tahun melayari alam rumah tangga bersama suami Wan Mohd Nizan Bin Wan Mohd Fauzi kini alhamdulillah aku di kurniakan pula seorang bayi lelaki yang lahir pada 16 Julai 2009 yang diberi nama Wan Muhammad Lutfil Hadi Bin Wan mohd Nizan,berat masa lahir 3.25 kg.Sejak kelahiran lutfi dalam hidup aku bertambah seri rumahtangga.kalau nak di igatkan masa nak lahirkan lutfi nie macam-macam pengalaman yang aku lalui..menanti dan menanti rupanye aku tak tahu yang aku mengandung,sampai usia kandungan hampir dua bulan baru aku tahu aku mengandung itu pn sebab masa pergi kip mart kota tinggi,tiba2 tekak aku loya mcm nak muntah masa lalu kat bahagian pasar basah,mkin sebab bau ikan ,daging,ayam yang menyengat tu yang jadikan aku nk muntah gile2 sampai adalah beberapa bdk2 yang jual ikan kat situ yang perasan aku berlari cari longkang..ha..ha.Melalui episod kehamilan bukanlah semudah disangkakan,kadang2 tengah2 malam pn aku rasa nak muntah,makanan bayak yang dikeluarkan dari yang di makan.tak kira lah dimana2 klu tak sempat ke bilik air kat mana2 lah aku akan kluarkan isi perut tu.
Sejak mengandung juga aku stopkan bisnes aku buat jeruk buah- buahan untuk pasaran Felda Sawari,cm ner nak buat dah x larat dah..
Satu peristiwa yang aku x dapat lupa sampai bila2 masa aku mengandung 3 bulan lebih kehilangan seorang kakak yang aku sayang kerana terlibat dalam kemalangan di kilometer 43 di jalan besar Felda Air Tawar 5 pada 11 Januari 2009 jam 8.30 malam..masa kejadian tu aku sedang menunggu solat isyak selepas selesai sembahyang maghrib.tiba2 panggilan telefon dari abg ipar,suami arwah kak zai yang mengatakan dia terlibat dlm kemalangan dengan seekor babi yang tiba2 melintas. dan yang paling perit untuk aku terima apabila dia mengatakan kak zai dah tak ada............. anak aku tak dapat jumpe Mak Ude dia.masa kejadian hanya aku bertiga di rumah,adik aku baru berangkat ke Teluk Ramunia jadi hanya aku,mak dan abah sahaja dirumah..mak abh pergi umh jiran minta tolong hantarkan kat air tawar 5,kebetulan tiada kenderaan nk aku bawak di rumah.aku pula pinjam kereta nuai minta tolong icah bawa keta sebab aku rasa badan dan seluruh anggota lemah tak berupaya. Sampai di tempat kejadian hanya sekujur tubuh yang terbaring berselimutkan tuala putih menutupi tubuh kaku kakak yang di letakkn di tepi jalan di kelilingi anak2nya.abang ipar aku dan 3 orang ankknya telah di bawa ke hospital kerana mengalami kecederaan hanya 2 orang anaknya yang tinggal di tempat kejadian.Ya Allah.. aku redha dengan ujianMu,walaupun hati ini remuk redam dan pelbagai persoalan yang tiada jawapan berlegar-legar dalam fikiranku.
Aku menunggu kenderaan polis untuk mengambil jenazah akak untuk di bawa ke hospital dengan kalimah Allah yang sentiasa meniti di bibir,agar aku dan anak yang di dalam kandungan ku ini di beri kekuatan,dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Dengan wajahnya yang terdapat sedikit calar yang tidak berdarah aku tak sangka ia membawa kematian pada orang yang aku sayang.. aku tak dapat nak bersama mak abah ke hospital kerana suamiku dalam perjalanan balik dan aku perlu meyiapkan keperluan di rumah untuk majlis pengkebumian esok hari.
Sampai dirumah aku masih tak mampu nk berbuat apa2 fikiran aku bercelaru,teringat segala kenangan pahit manis bersama arwah kak zai di akhir-akhir hayatnya sebelum dia meninggal dunia.. apabila dia sering mengigatkan kami adik beradik dengan pelbagai nasihat. Sikapnya yang periang bertukar menjadi sensitif membuatkan kami tertanya2.Dia ambil hati dengan sikap kami adik beradik,berapa hari aku menagis sebab ko kata ko kecik ati ngan aku,aku pk byk kali apa salah aku ni,klu aku ada salah aku minta maaf bbyk,aku tgh mengandung mmg klu yg tak faham tu mmg sakit ht je dengan sikap aku...sebagai kakak yang sulong dia banyak mengambil berat hal keluarga dan banyak membantu dia ada bg duit dia masa aku nk mula bisnes...masa dia ada aku tak sabar2 nak tunggu dia masak..memang best arr,dia dah biasa buat kerja rumah mana sama dengan aku ni..pandai makan jer.ms aku mgandung lg laa,tunggu kt meja makan jer...
Kak,semua orang sedih dengan kehilangan kau..termasuklah kawan-kawan sejati ko kat semenchu..semua ogr kata ko baik selalu tolong orang,bila kawan ko x de duit sekolah ank pn ko tolong,dah berapa ramai orang semenchu yang ko tumpangkan naik keta,ko x sampai hati tengok makcik2 berjalan atau tunggu lama kat sempang semenchu tu.(sambung lain kali ea)

2 comments:

aRe-lOnG said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aRe-lOnG said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment